Rabu, 27 November 2024

after scene

pesona menarik manusia ke arah yang menggoda dirinya,

betul tak?

saya gemar pada seni.

saya gemar pada semua seni.

apa yang saya buat selalunya tidak difahami.

dan hampir tiada yang berminat untuk faham.

atau mungkin saya tiada talent untuk itu.

tapi apabila ada yang bertanya,

pesona muncul dan asyik ghairah bercerita.

sampai penat.


'after scene', setelah sesuatu perkara selesai, post mortem akan berlaku demi menilai dan mengkaji, membaik dan meneliti setiap sudut yang sempurna atau tidak.

keletihan ini bukan disebabkan hanya bercakap cakap tentang kerja, seni, keghairahan.

Juga disebabkan otak yang semakin aktif, 'after scene'.

Terinspirasi.

Dalam masa yang sama sedang bekerja.

ADHD/ADD , pasti tahu bagaimana rasa ini berfungsi.

Mesti on the spot!
Mahu sekarang!
Nak hari ni!

Sebab tahu ia akan tamat nanti.

Bila ia tamat, anda tak kan rasa seperti ini lagi.

Mungkin ada, tapi entah bila.

Peperangan ini, bila nak berakhir?

Sebab, saya penat.

:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan